Pakar Penghapusan & Kawalan Anai-anai
Unity Pest Control menawarkan penyelesaian dan kawalan anai-anai yang selamat dan berkesan kepada pelanggan kami. Pengalaman kami dalam pengendalian masalah anai-anai, ia terbukti bahawa anai-anai boleh memberi kerosakan yang amat besar terhadap kerosakan struktur bangunan komersil, kediaman dan peladangan. Selalunya koloni anai-anai adalah besar dan boleh mencecah sehingga 2 juta ekor pada suatu masa. Koloni anai-anai mampu merebak dengan cepat di bawah tanah yang mendalam. Ini menjadikan ia perosak yang sangat sukar untuk dikawal.
Kawasan Anai-anai Sembunyi & Kesan Pemusnahan
- Bawah tanah / dalam kayu / di dalam pokok
- Makan bahan yang berasaskan selulosa atau kayu
- Kategori anai-anai – anai-anai subterranean, anai-anai kayu kering dan anai-anai kayu lembap
- Boleh menyebabkan kerosakan sehingga 90% pada bangunan
Anai-anai Subterranean (Bawah Tanah) – membina sarang di bawah tanah dan bergantung kepada kelembapan tanah.
Anai-anai Kayu Kering – boleh hidup dalam keadaan yang sangat kering dan tahinya boleh dilihat berhampiran kawasan yang dijangkitinya.
Anai-anai Kayu Lembap – memakan struktur kayu yang rosak seperti kulit pokok, akar pohon rosak dan kayu yang ditutup di bawah tanah.
Koloni anai-anai boleh masuk ke dalam bangunan melalui retak, celah dinding, sistem elektrik atau saluran paip.
Kaedah Kawalan Anai-Anai
- Mengesan koloni anai-anai
- Mencari anai-anai
- Menghapuskan anai-anai di tempat-tempat yang berbeza
Rawatan & Kawalan Anai-anai
Kami mempunyai kaedah terkini dan paling berkesan dalam menangani masalah anai-anai:
- Sistem Umpan Anai-anai (atas tanah)
- ‘Termite Tube’ (bawah tanah)
- Rawatan Pencegahan Anai-anai Tanah Sebelum Pembinaan
- Rawatan Pencegahan Anai-anai Selepas Pembinaan
Kami menawarkan kontrak penyelesaian anai-anai dengan rawatan cecair penghalang anai-anai setiap 5 tahun.
Untuk perlindungan tambahan, anda boleh memilih Sistem Pemantauan Anai-anai eksklusif kami.
Sila Hubungi 03-42910887 / 016-9060168 untuk perundingan percuma.

