Pakar Penghapusan & Kawalan Serangga Perosak
Unity Pest Control menawarkan pelbagai perkhidmatan kawalan serangga perosak yang selamat dan berkesan kepada pelanggan kami. Secara umum, perkhidmatan kami boleh dibahagikan kepada penyelesaian anai-anai, perkhidmatan kawalan serangga perosak dan fogging.
Kepakaran kami dalam menyelesaikan masalah serangga perosak terutamanya anai-anai lebih dari 30 tahun memberikan keyakinan 100% kepada pelanggan kami. Kami adalah syarikat pengurusan serangga perosak yang profesional, bertauliah dan berlesen di Cheras, Kuala Lumpur.
Kami menyediakan pelbagai penyelesaian dan kawalan serangga perosak untuk kediaman, bangunan komersil dan perindustrian, hotel, restoran dan kedai makanan.
Kawalan Pelbagai Serangga Perosak
Kami menawarkan penyelesaian masalah serangga perosak umum seperti lalat, kutu, tikus, rama-rama, lipas dan banyak lagi. Serangga perosak yang menjengkelkan ini mampu membahayakan kesihatan kita dan premis jika tidak dihapuskan.
Untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan, pakar kami akan mengenal pasti punca masalah perosak dan merawat masalah dari sumber. Selepas rawatan, kami melaksanakan langkah-langkah perlindungan untuk mengurangkan risiko masalah perosak berulang.
Hubungi kami 016-7228562 untuk mengetahui pelbagai perkhidmatan kawalan serangga perosak untuk kediaman dan premis anda.
Kami menawakan perkhidmatan penghapusan dan kawalan serangga perosak yang paling selamat dan berkesan.

